DUIT ASB 2021:CARA KELUARKAN SECARA ONLINE(myasnb.com.my)

DUIT

Kepada pelanggan MyASNB online,anda berpeluang untuk login ASNB dan buat transaksi seperti keluarkan/cashout duit ASB dengan mudah sahaja.Bagaimanakah cara keluarkan duit ASB secara online?

Adakah boleh mengeluarkan duit ASB secara online?

Ya,boleh bermula 20 April 2020,pemegang unit ASNB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Berapakah had maksimum pengeluaran duit ASB online yang dibenarkan?

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM500 sebulan

Berapakah had minimum pengeluaran duit ASB online yang dibenarkan?

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Apakah jenis unit amanah ASNB yang dibenarkan?

Berikut adalah  akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Semua unit amanah boleh dikeluarkan, kecuiali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2

Berapa jumlah transaksi yang dibenarkan setiap bulan?

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Berapakah caj perkhidmatan yang dikenakan?

Anda sebagai pemegang untuk  boleh keluarkan duit ASNB secara percuma

Bagaimanakah cara keluarkan duit ASB secara online?

Berikut adalah cara untuk cashout duit ASNB secara online:

  1. Layari portal ASNB online  myasnb.com.my
  2. Sila klik Log Masuk menggunakan id pengguna,dipaparkan frasa keselamatan,jika betul,klik YA dan isi kata laluan anda.
  3. Kemudian klik PORTFOLIO( dipaparkan no ahli dan senarai jenis unit amanah yang anda miliki) klik TRANSAKSI
  4. Sila pilih JUALAN BALIK
  5. Anda perlu isi ruangan 1 (PENGISYTIHARAN),sila baca terma & syarat yang dipaparkan kemudian tick jika anda bersetuju untuk buat transaksi.
  6. Sekarang anda perlu isi ruangan 2 (JUALAN BALIK),sila isi amaun yang diperlukan dan klik BERSETUJU
  7. Pada ruangan 3(PENGESAHAN),sila buat permohonan TAC dan isi TAC.Kini pengeluaran duit ASB anda selesai.

CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI CAWANGAN ASNB

Jika anda tidak dapat keluarkan duit ASNB secara online,anda boleh ke cawangan ASNB bagi tujuan tersebut. Ia lebih cepat untuk dapat tunai.

Bagaimanakah cara keluarkan duit ASN melalui cawangan ASNB?

Sila baca makluman ini sebelum buat pengeluaran di cawangan ASNB:

  • Jualan balik ASB hanya boleh dilakukan oleh pemegang unit sahaja.Jika ingin membuat pengeluaran bagi anak-anak, penjaga berdaftar dibenarkan.
  • Pemegang unit remaja bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik sebanyak 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu
  • Jualan balik bagi Akaun Remaja/Bijak ASM 2 Wawasan, ASM, ASB 3 Didik, ASM 3, ASB 2, ASN, ASN Imbang 2, ASN Equity 3 dan ASN Sara 1 hanya boleh dilakukan oleh penjaga berdaftar sahaja
  • Jualan balik pihak ketiga adalah tidak dibenarkan

Berikut adalah cara keluarkan duit ASNB melalui cawangan ASNB:

  1. Sila hadir ke cawangan ASNB berdekatan dengan anda dan bawa kad pengenalana.
  2. Lengkapkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  3. Serahkan Borang Jualan Balik (ASNB JB)
  4. Borang anda disemak dan pengeluaran dibuat.
  5. Urusan anda selesai

CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI BANK(CIMB,BSN,RHB,MAYBANK)

Jika anda tidak dapat keluarkan duit ASNB secara online atau cawangan ASNB,anda boleh ke bank bagi tujuan tersebut. Ia lebih cepat untuk dapat tunai.

Bagaimanakah cara untuk keluarkan duit ASB melalui bank?

Sila hadir ke ejen-ejen ASB di bank berdekatan seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank.

Berikut adalah contoh cara untuk keluarkan duit ASNB melalui bank:

  1. Sila hadir ke ejen ASN di bank ( contoh Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank)
  2. Sila bawa kad pengenalan(IC)
  3. Kemudian ke kaunter pertayaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASNB.
  4. Anda akan diberi BORANG JUALAN BALIK (sila lengkapkan maklumat ASNB anda dan amaun diperlukan)
  5. Sila tungu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari dan duit ASNB anda akan dimasukan ke dalam bank ( contoh Maybank, CIMB, Affin Bank, RHB, BSN, Ambank, Hong Leong, Alliance Bank)

CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI PEJABAT POS

Jika anda tidak dapat keluarkan duit ASNB secara online atau cawangan ASNB,anda boleh ke pejabat pos bagi tujuan tersebut. Ia lebih cepat untuk dapat tunai.

Bagaimanakah cara untuk keluarkan duit ASB melalui pejabat pos?

  1. Sila hadir ke pejabat berhampiran
  2. Sila bawa kad pengenalan(IC)
  3. Kemudian ke kaunter pertayaan dan maklumkan tujuan anda untuk mengeluarkan duit ASNB.
  4. Anda akan diberi BORANG JUALAN BALIK (sila lengkapkan maklumat ASNB anda dan amaun diperlukan)
  5. Sila tunggu giliran anda dan turunkan pengesahan cap jari dan duit ASNB anda akan diberikan secara tunai.

Tags: #Adakah boleh mengeluarkan duit ASB secara online? #Apakah jenis unit amanah ASNB yang dibenarkan? #Bagaimanakah cara keluarkan duit ASB secara online? #Berapakah had maksimum pengeluaran duit ASB online yang dibenarkan? #Berapakah had minimum pengeluaran duit ASB online yang dibenarkan? #BSN #CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI BANK(CIMB #CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI CAWANGAN ASNB #CARA KELUARKAN DUIT ASB MELALUI PEJABAT POS #CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE(myasnb.com.my) #cara untuk cashout duit ASB secara online #DUIT ASB 2021 #MAYBANK) #RHB

author

Tell us about you

Find us at the office

Eastmond- Sukel street no. 62, 79540 Hanga Roa, Easter Island

Give us a ring

Jaquelinee Wrate
+74 201 709 645
Mon - Fri, 9:00-15:00

Reach out